Alexander Graham Bell semestinya seorang tokoh yang kita semua kenali. Seorang pencipta yang begitu mengagumkan suatu ketika dahulu. Beliau adalah pencipta telefon yang pertama di muka bumi ini. Tetapi tahukah anda disebalik cerita kejayaan beliau?
Sebenarnya terdapat seorang lagi insan yang sepatutnya dikenali ramai ketika itu. Insan itu bernama Philip Rice. Pada waktu ketika dahulu, dia telah menghasilkan satu idea yang bernas iaitu dapat menghantar ton musik melalui dawai. Ketika Graham Bell terkenal dengan ciptaan telefon yang dapat menghantar suara melalui dawai, Philip telah mendakwanya ke makhamah kerana telah mencuri idea ketika itu. Tetapi makhamah telah membuat keputusan bahawa Graham Bell tidak melakukan kesalahan apa-apa kerana ciptaan Philip hanyalah menghantar ton musik dan bukannya suara.
Jadi apakah rasionalnya cerita ini? Apakah pengajarannya?
Sekiranya Philip berusaha sedikit sahaja lagi, mungkin dia dapat menemui penemuan yang mengagumkan dan menjadi terkenal. Philip sebenarnya telah berhenti mencuba! Jadi pengajaran yang boleh kita ambil di sini ialah jangan melakukan kerja separuh jalan. Jangan give up ketika menemui kegagalan. Pasti kita akan temui kejayaan akhirnya. Thomas Edison pernah berkata, “saya pasti akan Berjaya kerana saya telah kehabisan benda-benda yang tidak menjadi”. Oleh itu, tepuk dada tanyalah diri sendiri. Kegagalan tidak bermakna kekalahan, kejayaan tidak bermakna kemenangan. Renung-renungkan lah… sekian.
12:45:22
Categories: Renungan Anda

btl wan…bg aku selain buat berhabisan, sebelum itu yg penting adalah kita kne tau apa yg nak buat dengan memikirkan kemampuan diri, namun jika kita percaya kita boleh buat, jawapannya adalah kita boleh buat!…proses penyelidikan dan pembelajaran haruslah berjalan dalam masa yg sama…membuat kerja tanpa ilmu adalah sgt xbermakna…