Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Ada satu cerita menarik yang saya ingin kongsikan di sini. cerita itu betul-betul berlaku sewaktu saya menghadiri kejohanan catur peringkat negeri pada 2007 dengan mewakili daerah Kuala Krai.
Masa itu, perlawanan ditangguhkan pada waktu tengah hari ke petang bagi membolehkan para peserta menunaikan solat zohor dan juga berehat. Saya dan kawan-kawan bersama ustaz (jurulatih kami) terus menuju ke salah sebuah masjid di Kota Bharu untuk solat.
Sampai di sana, saya pun terus menuju ke tempat mengambil wuduk. Memang ramai orang yang ingin mengambil wuduk sehingga tangki air hampir kosong. So, tidak dapatlah mengambil wuduk di situ dan perlu ke tandas untuk mendapatkan air. Tetapi, saya terhenti seketika di tempat mengambil wuduk itu, melihat gelagat dua orang budak kecil, berusia lebih kurang 5-6 tahun ingin mengambil wuduk.
Dengar perbualan mereka pada waktu itu, membuatkan saya geli hati.
Memang sah tempat tu takde air pastu salah seorang budak itu cuba untuk menyedut paip itu, kononnya mereka kata paip kat situ tersumbat. Jadi salah seorangmereka itu pun meletak mulutnya ke hujung paip tu dan menyedutnya. Orang ramai yang lalu lalang disitu tidak menghiraukan gelagat mereka sahaja. Tiada seorang pun yang mahu menegur mereka dan mengatakan yang tempat tu memang xde air dan perlu ambil wuduk di tandas. Saya dari jauh tergelak melihat gelagat mereka itu.
Lepas beberapa minit menyedut, mereka mula sedar yang tindakan mereka memang sia-sia. Nak tau apa mereka buat selepas itu? Mereka TAYAMMUM.
tempat orang lalu-lalang di situ mereka boleh nak tayammum. mana saya tak tergelak besar melihat gelagat mereka. Air kat tandas ada lagi nak tayammum. Pastu datang seorang ahli masjid menarik telinga budak-budak itu dan menyuruh mereka mengambil wuduk di tandas.
Memang cerdik budak-budak ni. Sudah praktikkan apa yang mereka belajar. Niat dah betul, tapi cara yang sedikit salah. Apa-apa pun, memang saya bangga la tengok mereka. Berani melakukan perkara sedemikian walaupun di depan khayalak ramai.
Sekurang-kurangnya mereka berusaha dan ada keinginan untuk menunaikan solat walaupun mereka masih lagi mentah dan tidak mencapai akhir baligh. Bagaimana pula dengan insan-insan yang dah baligh tetapi tak mahu dan malas menunaikan solat?
Tak malu kah mereka dengan budak-budak tadi?
Categories: Peribadi
