Pernah dengar tak ayat ini, “Doa itu senjata mukmin”.
Semestinya bagi yang betul-betul beragama Islam pernah mendengar ayat tersebut dan rasanya semuanya faham akan makna ayat tersebut. Tetapi apa yang memeningkan mengapa ayat tersebut dianggap sebagai perkara yang remeh temeh oleh kebanyakan orang. Biarpun ayat itu berasal daripada Al-Quran itu sendiri, namun rata-ratanya tetap menganggap doa itu seperti sesuatu yang sampah kecil dan mudah.
Kebiasaannya selepas solat jumaat , imam akan membaca sedikit wirid dan juga akan membaca doa sesudah itu. Perkara tersebut sudah menjadi amalan bagi setiap manusia yang beragama islam. Selepas solat jumaat lepas, seperti biasa saya akan mengikut imam membaca wirid dan turut mengAminkan doa yang dibaca oleh imam. Tetapi ketika itu, jauh dari sudut hati saya melihat gelagat saudara-saudara Se-Islam yang turut sama mengerjakan solat jumaat tadi, berpusu-pusu keluar dari masjid itu biarpun ketika itu wirid lepas solat baru sahaja dimulakan. Semuanya tergesa-gesa nak cepat seolah-olah ada lagi benda yang lebih mustahak yang perlu diselesaikan segera. Malah ada juga yang selepas habis salam kedua terus bangun dan beredar dari masjid tanpa BERDOA.
Apakah ini semua?
Kata doa itu senjata bagi diri kita. Senjata bagi menghadapi serangan musuh-musuh Islam zaman kini. Tapi, seperti yang saya katakan tadi ramai yang mengambil mudah benda ini. Tidak hairan lah ramai manusia kini beragama Islam pada nama sahaja, tetapi perangai dan akidah? Tidak perlulah diperkatakan lagi. Dunia sekarang dah terbalik. Banyak tanda-tanda kiamat kecil sudah berlaku. Tapi apakah persediaaan kita? Sudahkah kita semua bersedia untuk menghadapi alam seterusnya? Tepuk dada, tanyalah iman.
Berbalik kepada cerita tadi, mengapa ramai umat islam yang sudah tak mahu malas berdoa? Jawapan yang saya cari sekarang ini. Kita disuruh meminta apa sahaja dengan berdoa kepada ALLAH. Bila nak dimakburkan doa tersebut bukanlah kuasa kita nak menentukannya. Sekiranya saudara-saudari ada pendapat, boleh kongsikan di sini.
Categories: Motivasi

Salam perkenalan,
Sememangnya doa itu senjata mukmin, malah ada pelbagai hadis yang menjelaskan tentang kelebihan doa.
Biasanya manusia akan memberi alasan sibuk daripada menadahtangan untuk berdoa.
Tambahan pula masyarakat kita menjadikan doa sangat formal, sedangkan dalam masyarakat Arab, doa sentiasa disebut dimana-mana hatta dalam perbualan seharian, kemudian ia diaminkan beramai-ramai. Itulah bezanya kefahaman kita terhadap istilah doa daripada amalan orang Arab yang menerima adat tersebut turun-temurun.
Moga memberi manfaat.
salam,
Alhamdullillah, doa lah senjata mukmin. Doa merupakan kesejahteraan. Semoga tidak kita aggap bahawa dengan doa kita memohon supaya minta orang lain dicelakakan tanpa sebab.