Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Nak pergi solat jumaat. Makan tengah hari belum lagi. Bawa duit untuk beli makanantengah hari. pergi jalan kaki je, masjid dekat dgn rumah. Sampai sana, terdengar pengumuman dari bilal tentang kehadiran seorang “saudara baru” di masjid ini. Meminta bantuan derma dari para jemaah. Katanya saudara itu sakit dan memerlukan sumbangan dari orang ramai.
Lepas dengar pengumuman itu, terus bilal melaungkan azan dan imam membaca khutbah. Semasa hendak menunaikan solat jumaat, saya solat bersebelahan dengan pak cik tua kurang upaya. Nampak dia membawa beg dan peralatan lain. Solatnya kelihatan kekok sedikit dari jemaah lain (kurang sempurna).
Selesai solat, nampak pak cik itu membuka begnya. Mengeluarkan beberapa kertas dan borang yang telah dilaminatekan. Rupa-rupanya dia yang dikatakan oleh bilal tadi sebagai saudara baru !!! namanya Muhammad Leong Bin *****. Terus bersalaman dengannya. Megeluarkan semua duit untuk makanan tengah hari dari kocek dan dibagikan kepadanya. tak banyak pun, ada lagi jemaah yang bagi sumbangan, nilai sama macam nak beli tiket final piala Malaysia! Sungguh pemurah. Saya bersalaman lama dengannya. Melihat matanya yang memang mengharapkan pertolongan daripada saudara-saudara barunya.
Membuatkan saya insaf, bangga, sedih, dan bermacam lagi perasaan yang bercampur gaul. Sempat berbual dengannya. Katanya dia lumpuh sebelah badan. Mata, kepala, badan, tangan, sampai kaki. Memerlukan rawatan doktor. Nampak maklumat di kertas, dia memeluk islam 3 tahun lepas. Ada gambar masa dia memeluk islam (memakai kopiah),gambar masa dia masih beragama Buddha, dan mukanya di depan mata. Jelas nampak perbezaan air muka. Membuatkan saya terpaku seketika didepannya.
Ternyata indah agama ALLAH, agama Islam. Mengikut satu kajian. Begitu ramai yang ingin dan telah memeluk islam sekarang ini. Mungkin ramai yang dah nampak akan kebenaran dalam agama ini. Tetapi, makin ramai orang yang beragama islam kini, islam pada nama sahaja. Perbuatan dan amalan dah banyak yang terpesong. Terikut-ikut dengan budaya luar. Luar? Fikirkan lah sendiri.
Saya wakil dari Muhammad leong, ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat mereka yang sudi memberi sumbangan kepadanya tadi. Anda telah membantu saudara baru kita. Saudara yang memerlukan bantuan. Saudara yang ingin mendalami ilmu islam, Kehebatan islam, dan keistimewaan islam.
Persoalannya, bagaimana pula dengan “saudara-saudara lama”?? Adakah mereka sihat dari segi iman dan takwa ? adakah mereka selamat sekarang? Selamatkanlah mereka Ya ALLAH. Tunjukkan lah mereka jalan yang lurus.
Categories: Motivasi
