Mar 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah dengar perkataan pelaburan wang? Saya pasti kebanyakan mereka sudah mengetahui  istilah tersebut. Tetapi kebanyakan mereka hanya tahu akan istilah pelaburan wang sahaja. Wang, wang dan wang. Tak ada wang, tak boleh la nak hidup. Betul ke ayat itu? ;-) Perlu diingat, “everything needs money but money is not everything”. Ada je orang yang kekurangan wang boleh hidup. Ada je orang yang kesempitan untuk mendapatkan wang boleh bahagia. Jadi,  wang atau duit bukan segalanya la kan? :-D

Pelaburan wang ini boleh diibaratkan duit itu beranak. Kita hanya perlu simpan sejumlah duit di bank dan tunggu beberapa tahun untuk duit itu mengeluarkan dividen atau dengan kata lain untuk duit itu beranak, menghasilkan duit yang lain. Jadi, kita tak perlu berbuat apa-apa, tengok-tengok dalam bank duit dah bertambah dari hari ke hari.

Apa yang saya ingin bincangkan disini ialah terdapat lagi satu pelaburan yang saya rasa amat penting untuk dilakukan juga. Konsepnya sama sahaja dengan pelaburan wang Cuma sedikit berbeza. Apa yang saya maksudkan ialah pelaburan pahala.

Tentu ramai yang tidak mengetahui tentang perkara dan ada juga yang telah melakukannya tetapi tidak menyedari bahawa benda itu ialah satu pelaburan. Sebenarnya, pahala juga boleh terhasil tanpa kita berbuat apa-apa. Maksud disini, kita melakukan kebaikan hanya pada satu masa sahaja tetapi hasilnya (pahala) kita boleh dapat sampai ke akhir hayat.

Banyak sebenarnya cara untuk kita melaburkan pahala. Cuma di sini saya ingin menekankan satu cara sahaja yang saya rasa amat mudah. Sekiranya terdapat cara yang lain saudara saudari boleh menyatakannya di ruangan komen.  :lol: Cara yang saya maksudkan di sini ialah kita melakukan pelaburan ini di masjid ataupun surau-surau.

Sepeti biasa di masjid ataupun di surau terdapat tandas dan juga tempat untuk mengambil wuduk. Jadi para jemaah yang datang pastinya memerlukan selipar tandas untuk digunakan ditempat tersebut. Selalunya pihak masjid akan menyediakan selipar-selipar tersebut tetapi hanya beberapa pasang sahaja. Tidak cukup untuk menampung bilangan jemaah yang ramai contohnya ketika solat jumaat. Jadi, apa salahnya sekiranya kita mengeluarkan sedikit wang dan membeli beberapa pasang selipar tandas (selipar jepun) dan letakkannya di masjid ataupun surau-surau tersebut. :-)

Mahal? Tak ada duit?  :cry: Selipar itu tidaklah mahal sangat sebenarnya. Beli setakat yang mampu. Janji anda semua ikhlas. ;-) Rentetan itu, anda akan mendapat pahala selagimana ada orang yang pakai selipar itu  untuk kegunaan ke tandas. anda akan tetap mendapat pahala walaupun anda tidak berbuat apa-apa dah selepas itu. Tak kan perkara yang saya tunjukkan tadi itu mudah?

Itulah yang dinamakan pelaburan pahala. Tak nak pahala ke? Satu benda yang dibolehkan kita tamak atas dunia ni ialah pahala. Jadi kenapa masih ramai yang tidak mahu berebut pahala. Itulah masalahnya. Pendapat saya, sebab pahala,kita tak nampak. Kalau duit, kita nampak. Ada pendapat lain? :-)

Teringat saya akan kata-kata ustaz di tempat saya dahulu. Sekiranya ALLAH membuat pahala itu boleh dilihat dan juga boleh dipengang, nescaya ramai yang akan melakukan kebaikan. Sebab apa? Sebab pahala itu boleh nampak. Selesai sahaja kita solat, kita boleh nampak pahala itu turun berderu-deru atas badan kita. Tetapi kenapa ALLAH tak buat seperti itu? :-|

Tepuk dada, Tanya lah iman.

Akhir kata, jangan lupa buat juga pelaburan pahala selain daripada pelaburan wang. sekian. :-D

  • Share/Bookmark

Categories: Motivasi


Leave a Reply