Feb 11

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kenapa mesti kita benci kat orang? Kenapa mesti ada orang yang tidak suka kat kita? Kenapa mesti ada orang yang dengki dengan kita?  Tak boleh ke kita nak semua orang suka kat kita? Tak boleh ke??? Kenapa semua itu harus berlaku? :-(

Nak tahu jawapannya, senang aje. Jawapannya mudah sahaja. Sebab kita ni manusia. ;-)   Dah memang kita ni diciptakan sebagai manusia, ada hati, ada perasaan, ada akal dan juga fikiran. Jadi  memang tidak mustahil la jika ada orang yang benci, sayang, suka, dengki, geram, dendam dan sebagainya. Sekiranya kita dapati ada orang yang benci kat kita, redha aje la. Jangan rasa sedih pula sebab memang kita tidak dapat nak memenangi hati semua orang. Mana ada manusia yang semua orang suka kat dia. Sedangkan Rasullullah kita sendiri pun ada juga yang tidak suka dengan baginda, apatah lagi kita sebagai insan biasa di muka bumi ALLAH ni. Dalam buku berani gagal pun ada berkata, orang yang paling sedih ialah orang yang cuba memenangi hati semua orang.

Menurut kajian doktor Haji Mohd Fadzilah Kamsah, dalam 10 orang yang kita kenal, terdapat 3 orang yang tidak senang akan kewujudan kita atau erti kata lain, tidak akan suka akan diri kita. Tidak kira la kajian ini tepat ataupun sebaliknya, jelas disini  memang tidak semua manusia suka akan kita. Hakikat itu mesti kita terima dengan hati terbuka.

Begitu juga dengan para pemimpin, tidak semua orang yang mengikut dan menyokong hala tujunya, ada juga mereka-mereka yang menentang dan tidak bersetuju (tidak suka) dengan cara kepimpinannya itu. Perkara ini seterusnya membentuk satu perasaan benci dan “anti” terhadap pemimpin itu. Jelas perkara ini sememangnya wujud di negara kita mahupun di mana-mana negara lain. betul tak? :-)

Pepatah ada mengatakan, “bencilah seseorang itu sekadarnya kerana barangkali dia akan menjadi orang yang paling kamu sayang .Dan sayangilah seseorang itu sekadarnya kerana barangkali dia akan menjadi orang yang paling kamu benci”. Sebenarnya pepatah ini memang boleh dipercayai. Kesemuanya pernah dialami oleh saya sendiri. Bagaimana pula dengan anda? :-P   Bagi saya, sekiranya saya tidak suka akan seseorang, itu tidak bermaksud saya benci kepadanya, tetapi saya benci kepada perangainya. Begitulah apa yang saya dengar di ceramah-ceramah. “janganlah kamu membenci dirinya, tetapi bencilah perangai buruknya”. :lol:

Sebenci-benci kita pada orang, harus diingat ada juga manusia yang benci kat kita. Itu adalah hukum alam ataupun “Golden rule”. nak orang suka kat kita, kenalah suka kat orang, maksud saya berbuat baik kepada orang lain. Dalam satu rujukan ada mengatakan, Rasullullah, sekiranya dia tidak suka akan seseorang, dia tidak akan mencela ataupun mencaci orang itu. tetapi kita bagaimana? ;-)

Akhir kata, janganlah sedih sekiranya ada mereka yang tidak menyukai (benci)  kamu kerana pasti ada  lagi yang masih sayang.

Just sing your song and enjoy your life. :-P

  • Share/Bookmark

Categories: Motivasi


Leave a Reply