Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Dalam kehidupan kita ini, kita tidak boleh lari daripada hidup bermasyarakat. sebab apa? sebab kita memang diciptakan untuk hidup saling tolong-menolong dan bantu membantu antara satu sama lain. kalau jiran-jiran kita mempunyai masalah, kita mesti memberi bantuan kepada mereka. sekiranya kawan-kawan kita mempunyai masalah ataupun sebarang kesulitan, kita juga mestilah memberi pertolongan kepada mereka. sebab itulah dalam islam, sebenarnya tiada istilah “busy body” ataupun “jaga tepi kain orang”.
memetik kata-kata ustaz di tempat saya, kalau ada orang yang cakap ” jangan jadi busy body boleh x?” ataupun ” jangan jaga tepi kain orang boleh?”, maka cakap kat orang itu suruh hidup di hutan. sebab apa? sebab di hutan tiada orang yang akan busy body ataupun jaga tepi kain dia. sebenarnya, kita memang perlu jadi busy body atau erti kata lain mengambil berat tentang hal-hal orang di sekeliling kita. sebab kita hidup bermasyarakat. mestilah tolong-menolong antara satu sama lain.
ustaz saya menambah lagi bahawa kita bukan sahaja perlu jaga tepi kain orang, tetapi perlu juga memastikan agar kain orang itu tidak terselak. ini bermaksud kita mestilah pelihara air muka dan juga maruah orang lain dan juga menjaganya daripada tercemar. untuk mengetahui lebih lanjut lagi, bolehlah membaca topik “busy body cara islam” dalam buku kegemaran saya iaitu “Nota seorang lelaki”.
sekian
Categories: Motivasi
