Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya sebagai blogger utama di laman ForecastOne.net ini ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca dan juga peminat blog saya ini. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberikan inspirasi baru dan juga menambahkan lagi kejayaan kepada anda semua. Sudahkah anda menetapkan azam tahun baru ini? Jika tidak cepat-cepat lah laksanakannya. Semestinya setiap insan mempunyai target ataupun perkara yang ingin dicapai dalam hidupnya. Jangan dikatakan perkara tersebut mustahil atau tidak boleh dicapai pada tahun 2010, segalanya boleh dicapai sekiranya mind-set kita telah pun bersedia.
Buat tahun 2010 ini, saya pun telah mempunyai beberapa azam baru yang ingin saya capai pada tahun 2010 ini. Segalanya hanya perlu di setkan dalam fikiran kita. Bagaimana pula dengan anda?
Jangan takut untuk melakukan azam baru. Sesetengah orang yang saya jumpa berkata, buat apa nak buat azam baru kalau azam itu hanyalah angan-angan kosong sahaja. Kata-kata itu memang betul. Oleh itu, kita hendaklah betul-betul menetapkan apa yang kita ingin capai dan pastikan yang kita inginkan itu tidak berada di luar kawalan mahupun kuasa kita. Akhir kata, selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.
source: http://forecastone.net/
22:36:23
Saya sebagai blogger utama di laman ForecastOne.net ini ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca dan juga peminat blog saya ini. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberikan inspirasi baru dan juga menambahkan lagi kejayaan kepada anda semua. Sudahkah anda menetapkan azam tahun baru ini? Jika tidak cepat-cepat lah buat. Semestinya setiap insan mempunyai target ataupun perkara yang ingin dicapai dalam hidupnya. Jangan dikatakan perkara tersebut tidak boleh dicapai pda tahun 2010, segalanya boleh dicapai sekiranya mind-set kita telah pun bersedia.
Buat tahun 2010 ini, saya pun telah mempunyai beberapa azam baru yang ingin saya capai pada tahun 2010 ini. Segalanya hanya perlu di setkan dalam fikiran kita. Bagaimana pula dengan anda? Jangan takut untuk melakukan azam baru. Sesetengah orang yang saya jumpa berkata, buat apa nak buat azam baru kalau azam itu hanyalah angan-angan kosong sahaja. Memang betul. Oleh itu, kita kena betul-betul tetapkan apa yang kita ingin capai dan pastikan yang kita inginkan itu tidak brada di luar kawalan mahupun kuasa kita. Akhir kata, selamat tinggal 2009, selamat dating 2010.
Categories: Motivasi
