‘Renungan Anda’


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tak perasan ke kita semua yang dunia ni macam dah kembali ke zaman jahilliyyah.sebab apa? try semua fikir apa yang berlaku sekarang. tengok kat berita dan dada-dada akhbar. banyakkan kes melibatkan anak dan juga bayi yang baru lahir. kes dera la, kes buang anak la, dan yang paling teruk skali TANAM bayi.

ne_071

Adui, dah xde akal ke orang yang tanam bayi tu? mesti yang tanam tu orang-orang yang dah hilang keperikemanusiaan. sama macam zaman jahilliyah, orang tanam bayi sekiranya mereka dapat bayi perempuan. sebab ikut kepercayaan mereka, anak perempuan mendatangkan bala. itu semua disebabkan kejahilan. mereka tak tahu yang kepercayaan itu karut dan salah. tapi zaman sekarang ni, semua orang ada agama dan semua agama itu pun xde pn kata boleh tanam bayi. tu la.penyakit orang kita ni bukan lagi sebab jahil tapi DEGIL. dah tahu salah tapi buat juga. tu la antara satu perkara yang saya rasa sama dengan zaman jahilliyah sekarang ni. apa pendapat korang?

p/s: nantikan bahagian 2

sekian…

  • Share/Bookmark

Sampah berkeliaran?

posted by Wan
Jan 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sungguh banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi tahun baru ni. Macam-macam yang sudah berlaku biarpun baru sahaja 3 hari kita melangkah ke tahun baru ini. Apa pun segalanya mestilah ditempuhi dengan hati yang tabah dan sabar ;-) . Malam 1 haribulan lepas, sudah sampai masanya saya bertolak ke shah Alam, menyambung pengajian ijazah dalam bidang perakaunan, meneruskan perjuangan saya yang belum selesai. Setahun Sebulan lebih bercuti sememangnya terasa amatlah lama. Sekiranya seseorang itu pandai bermanfaat cuti itu, banyaklah hasil yang dia dapat. Begitulah sebaliknya. Sebab itulah sekiranya cuti panjang hampir tiba, saya selalunya membuat senarai perkara yang mesti saya capai atau buat dalam cuti tersebut. Kalau tidak, ianya akan menjadi perkara sia-sia yang sangat merugikan. Bagaimana pula dengan anda? :-P

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah berkenaan sikap orang kita yang suka membuang sampah merata-rata. Pada malam satu haibulan tersebut, saya menaiki kapal terbang bus di salah sebuah stesen bus di kota bharu. Sedang menunggu bus saya sampai, tiba-tiba saya ternampak seorang budak kecil yang sedang diriba oleh emaknya, membuang sisa kotak minuman ke atas jalan begitu sahaja. Boleh dikatakan budak itu masih lagi berumur antara 5 ataupun 6 tahun, masih lagi kecil. Apa yang membuatkan saya marah terperanjat di situ, emaknya seolah-olah membiarkan anaknya melakukan perkara itu malah sedikit pun tidak melarang anaknya berbuat demikian. Dah la begitu, sisa kotak minuman itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mengutip balik sampah itu. Cukup memalukan bagi saya kerana perkara itu sebenarnya berlaku di depan khayalak ramai, di tempat awam pula tu. Begini kah orang-orang kita? Mana sifat pembersih dalam diri orang Malaysia.

Teringat lagi kata-kata salah seorang pengetua maktab (MRSM) saya dahulu, “jangan biarkan sampah-sampah berkeliaran di kawasan sekoah kita”. Ayat yang membingungkan cikgu-cikgu bahasa Melayu maktab  saya ketika itu tetapi penuh dengan maksud yang tersirat sebenarnya. ayat itu seolah-olah menyatakan bahawa kita tidak sedikit pun ambil berat terhadap sampah-sampah yang ada di sekeliling kita. Berbalik kepada cerita tadi, begitulah apa yang ingin saya katakan. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk nilai murni dan juga jati diri serta sikap dalam diri anak-anak mereka.

Bagaimana pula dengan emak kepada anak tersebut? Tugas anda pula untuk menjawab  pertanyaan tersebut. :-D

Source: http://forecastone.net

16:32:47

  • Share/Bookmark

Erti Sahabat

posted by Wan
Dec 30

“Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.”

  • Share/Bookmark

Dec 23

Alexander Graham Bell semestinya seorang tokoh yang kita semua kenali. Seorang pencipta yang begitu mengagumkan suatu ketika dahulu. Beliau  adalah pencipta telefon yang pertama di muka bumi ini. Tetapi tahukah anda  disebalik cerita kejayaan beliau?

Sebenarnya terdapat seorang lagi insan yang sepatutnya dikenali ramai ketika itu. Insan  itu bernama Philip Rice. Pada waktu ketika dahulu, dia telah menghasilkan satu idea yang bernas iaitu dapat menghantar ton musik melalui dawai. Ketika Graham Bell terkenal dengan ciptaan telefon yang dapat menghantar suara melalui dawai, Philip telah mendakwanya ke makhamah kerana telah mencuri idea ketika itu. Tetapi makhamah telah membuat keputusan bahawa Graham Bell tidak melakukan kesalahan apa-apa kerana ciptaan Philip hanyalah menghantar ton musik  dan bukannya suara.

Jadi apakah rasionalnya cerita ini? Apakah pengajarannya?

Sekiranya Philip berusaha sedikit sahaja lagi, mungkin dia dapat menemui penemuan yang mengagumkan dan menjadi terkenal. Philip sebenarnya telah berhenti mencuba! Jadi pengajaran yang boleh kita ambil di sini ialah jangan melakukan kerja separuh jalan. Jangan give up ketika menemui kegagalan. Pasti kita akan temui kejayaan akhirnya. Thomas Edison pernah berkata, “saya pasti akan Berjaya kerana saya telah kehabisan benda-benda yang tidak menjadi”. Oleh itu, tepuk dada tanyalah diri sendiri. Kegagalan tidak bermakna kekalahan, kejayaan tidak bermakna kemenangan. Renung-renungkan lah… sekian.

12:45:22

  • Share/Bookmark