‘Peribadi’

Terima Kasih !!!

posted by Wan
Mar 3

Terima kasih semua, terima kasih, dan sekali lagi ucapan terima kasih.

Semakin hari, semakin bertambah pelawat dan pengunjung ke blog ini. Saya berasa amat berbangga dan sangat menghargai dengan segala komen yang telah diletakkan di blog ini dan tidak lupa  juga kepada pengunjung-pengunjung yang sanggup meluangkan masa melawat blog saya ini. :-)

Minta maaf buat semua kerana sudah lama saya tidak mengupdatekan blog saya ini kerana akhir-akhir ini saya teramatlah sibuk dengan aktiviti dan juga program yang telah saya sertai di IPT saya ini. :-) Kemaafan juga dipinta sekiranya terdapat kekurangan yang terdapat dalam blog ini. Segala teguran dan pendapat bolehlah dibuat dengan menghantar email kepada saya. Email anda semua amatlah dialu-alukan.

Sebagai seorang blogger yang masih lagi mentah, saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blogging ini, malah blog  ForecastOne ini juga baru je berusia 3 bulan!!! Insyaalllah, saya akan cuba untuk memantapkan lagi blog ini dengan mengeluarkan post-post yang ringkas tetapi menarik untuk dibaca. ;-)

Sudah ramai kenalan yang saya dapat hasil dari berblogging ini. Ada mereka yang ingin berkenalan, mengajak saya menyertai projek-projek  mereka dan ada juga yang ingin berkongsi pandangan dan juga meminta pendapat mengenai sesuatu isu. :-D

Jutaan terima kasih  kepada saudara Shueqry, yang telah menyenaraikan blog saya di dalam ruangan “geng motivasi” di blognya. seperti kita sudah kita ketahui,  blog saudara Shueqry iaitu Imotivasi merupakan blog motivasi no 1 di Malaysia ini. Anda boleh melawat blognya di sini. Untuk saudara Shueqry, moga persahabatan kita akan terus berkekalan. Banyak perkara yang telah saya belajar daripada  saudara dan saya harap ianya akan  terus berterusan. :-)

Akhir kata, semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda kerjakan. :-o Sekian.

  • Share/Bookmark

Cerita di Masjid

posted by Wan
Feb 15

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, :-)

Ada satu cerita menarik yang saya ingin kongsikan di sini. cerita itu betul-betul berlaku sewaktu saya menghadiri kejohanan catur peringkat negeri pada 2007 dengan mewakili daerah Kuala Krai. :lol:   Masa itu, perlawanan ditangguhkan pada waktu tengah hari ke petang bagi membolehkan para peserta menunaikan solat zohor dan juga berehat. Saya dan kawan-kawan bersama ustaz (jurulatih kami) terus menuju ke salah sebuah masjid di Kota Bharu untuk solat.

Sampai di sana, saya pun terus menuju ke tempat mengambil wuduk. Memang ramai orang yang ingin mengambil wuduk sehingga tangki air hampir kosong. So, tidak dapatlah mengambil wuduk di situ dan perlu ke tandas untuk mendapatkan air. Tetapi, saya terhenti seketika di tempat mengambil wuduk itu, melihat gelagat dua orang budak kecil, berusia lebih kurang 5-6 tahun ingin mengambil wuduk.

Dengar perbualan mereka pada waktu itu, membuatkan saya geli hati. :lol:   Memang sah tempat tu takde air pastu salah seorang budak  itu cuba untuk menyedut paip itu, kononnya mereka kata paip kat situ tersumbat. Jadi salah seorangmereka itu pun meletak mulutnya ke hujung paip tu dan menyedutnya. Orang ramai yang lalu lalang disitu tidak menghiraukan gelagat mereka sahaja. Tiada seorang pun yang mahu menegur mereka dan mengatakan yang tempat tu memang xde air dan perlu ambil wuduk di tandas.  Saya dari jauh tergelak melihat gelagat mereka itu. :lol:

Lepas beberapa minit menyedut, mereka mula sedar yang tindakan mereka memang sia-sia. Nak tau apa mereka buat selepas itu? Mereka TAYAMMUM. :-D tempat orang lalu-lalang di situ mereka boleh nak tayammum. mana saya tak tergelak besar melihat gelagat mereka. Air kat tandas ada lagi nak tayammum. Pastu datang seorang ahli masjid menarik telinga budak-budak itu dan menyuruh mereka mengambil wuduk di tandas.

Memang cerdik budak-budak ni. Sudah praktikkan apa yang mereka belajar. Niat dah betul, tapi cara yang sedikit salah. Apa-apa pun, memang saya bangga la tengok mereka. Berani melakukan perkara sedemikian walaupun di depan khayalak ramai. ;-) Sekurang-kurangnya mereka berusaha dan ada keinginan untuk menunaikan solat walaupun mereka masih lagi mentah dan tidak mencapai akhir baligh. Bagaimana pula dengan insan-insan yang dah baligh tetapi tak mahu dan malas menunaikan solat? ;-) Tak malu kah mereka dengan budak-budak tadi? :-P

  • Share/Bookmark

Layakkah aku?

posted by Wan
Feb 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang sebenarnya layak untuk memberikan semangat ataupun motivasi kepada orang lain kerana dalam diri setiap insan itu pastinya terdapat aura motivasi yang tersendiri. Cuma yang membezakannya hanyalah tahap dan kekentalan motivasi mereka sendiri. ;-)   Terpegun saya membaca komen di sebuah blog yang menyatakan blog tersebut sebenarnya tidak layak untuk mengeluarkan artikel-artikel berbentuk motivasi. Ada yang menuduh penulisnya hanyalah bermain taktik kotor dan mahu mendapat keuntungan daripada penjualan ebook dalam blog tersebut. Betulkah penulis blog itu tidak layak? :-o

Sebenarnya, setiap orang di sekeliling kita boleh dan layak untuk memberikan semangat ataupun motivasi kepada orang lain. Cuma kadang-kadang sesetengah orang malas untuk melakukannya. Malas untuk membantu orang lain dalam kesusahan. Alasan mereka, motivasi mereka masih lagi rendah dan ada juga berkata, “masalah dia biarlah dia yang selesaikan, buat apa nak menyibuk!!”.

Sebenarnya, motivasi dalam diri kita boleh diibaratkan seperti iman, boleh naik dan turun. Begitu juga dengan motivasi yang kadang-kadang boleh berubah-ubah dan bergantung kepada kerajinan seseorang individu itu sama ada untuk menyuburkannya ataupun membunuhnya. Kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat hendaklah saling membantu dalam meneruskan hidup ini. Sekiranya kawan kita mempunyai masalah, cubalah bantu mereka. Sekiranya kita tidak dapat membantu mereka pun, jadilah pendengar radio masalahnya yang setia! Sekurang-kurangnya kawan kita tersebut akan berasa sedikit lega setelah masalahnya diluahkan. Tetapi janganlah pula mendedahkan masalah dia kepada orang lain. Ingat, sekiranya kita menjaga keaiban orang lain, nescaya ALLAH akan menjaga keaiban kita.

Berbalik kepada perkara tadi, blog hanyalah sebagai landasan bagi mereka untuk menyebarkan dakwah. Dia punya blog, ikut dia la. Teringat ceramah ustaz di tempat saya, rasullullah sekiranya dia tidak suka akan seseorang, dia tidak akan mencela ataupun mencaci orang itu. Sepatutnya kita tidak boleh bertindak melulu memberi komen seperti itu kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pelawat-pelawat blog tersebut. Jika hendak menegur pun bukanlah diruangan komen. Lagi elok sekiranya hantar saja e-mail kepada penulis blog tersebut, barulah maruah semua pihak terjaga. Jika ingin menjadi pengkritik blog yang hebat pun, jadilah pengkritik yang berkualiti. Jangan hanya menyatakan kelemahan mereka sahaja, tetapi juga berilah sedikit input dan cadangan yang positif kepadanya. 8-)

Buat penulis blog berkenaan, bersabarlah sesungguhnya banyak ujian dalam kita berdakwah ni. Kembali semula kepada cara nabi kita berdakwah, bukannya senang begitu. Banyak juga cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh baginda. Semoga saudara ataupun saudari cekal dalam menghadapi dunia ini. Sekian. :-D

  • Share/Bookmark