‘Motivasi’

May 16

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dalam kehidupan kita ini, kita tidak boleh lari daripada hidup bermasyarakat. sebab apa? sebab kita memang diciptakan untuk hidup saling tolong-menolong dan bantu membantu antara satu sama lain. kalau jiran-jiran kita mempunyai masalah, kita mesti memberi bantuan kepada mereka. sekiranya kawan-kawan kita mempunyai masalah ataupun sebarang kesulitan, kita juga mestilah memberi pertolongan kepada mereka. sebab itulah dalam islam, sebenarnya tiada istilah “busy body” ataupun “jaga tepi kain orang”. ;-)

memetik kata-kata ustaz di tempat saya, kalau ada orang yang cakap ” jangan jadi busy body boleh x?” ataupun ” jangan jaga tepi kain orang boleh?”, maka cakap kat orang itu suruh hidup di hutan. sebab apa? sebab di hutan tiada orang yang akan busy body ataupun jaga tepi kain dia. sebenarnya, kita memang perlu jadi busy body atau erti kata lain mengambil berat tentang hal-hal orang di sekeliling kita. sebab kita hidup bermasyarakat. mestilah tolong-menolong antara satu sama lain.

ustaz saya menambah lagi bahawa kita bukan sahaja perlu jaga tepi kain orang, tetapi perlu juga memastikan agar kain orang itu tidak terselak. ini bermaksud kita mestilah pelihara air muka dan juga maruah orang lain dan juga menjaganya daripada tercemar. untuk mengetahui lebih lanjut lagi, bolehlah membaca topik “busy body cara islam” dalam buku kegemaran saya iaitu “Nota seorang lelaki”. :lol:

sekian

  • Share/Bookmark

Apr 11

salam sejahtera semua,

minta maaf saya ucapkan kerana memang terlalu lama tidak mengupdatekan blog ini. bukan kerana kekurangan idea ataupun isu untuk dibahaskan dan dibincangkan, tetapi selama saya menghilang ini, saya sebenarnya telah diserang oleh suatu penyakit yang tidak dapat dielakkan. badan saya sentiasa keletihan, motivasi saya juga sentiasa naik dan turun setiap hari. ada sesuatu yang telah menghantui saya sejak daripada dahulu lagi. alhamdulillah, sekarang semakin hari semakin saya boleh menepis penyakit itu sedikit demi sedikit.

walaupun tiada orang yang menolong saya, tetapi perlu diingat, ALLAH sentiasa berada di sisi kita. sekiranya tiada-Nya, tidaklah saya disini lagi menemui anda semua. banyak lagi sebenarnya masalah yang saya hadapi. laptop saya baru sahaja lepas diformatkan. entah bila agaknya virus datang menyerang operating sistem laptop saya ini. nasib baik semua files yang penting sempat diupdatekan.

kebelakangan ini juga saya menjalankan dakwah saya melalui persatuan yang saya sertai. selama sebulan sahaja saya telah menjadi fasilitator di dua buah sekolah berturut-turut. memang agak keletihan dan cukup mencabar. lebih-lebih lagi saya bakal menduduki ujian akhir semester tak lama lagi. doakan kejayaan diriku.

akhir kata, minta maaf sekali lagi. sekian terima kasih… ;-)

  • Share/Bookmark

Mar 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah dengar perkataan pelaburan wang? Saya pasti kebanyakan mereka sudah mengetahui  istilah tersebut. Tetapi kebanyakan mereka hanya tahu akan istilah pelaburan wang sahaja. Wang, wang dan wang. Tak ada wang, tak boleh la nak hidup. Betul ke ayat itu? ;-) Perlu diingat, “everything needs money but money is not everything”. Ada je orang yang kekurangan wang boleh hidup. Ada je orang yang kesempitan untuk mendapatkan wang boleh bahagia. Jadi,  wang atau duit bukan segalanya la kan? :-D

Pelaburan wang ini boleh diibaratkan duit itu beranak. Kita hanya perlu simpan sejumlah duit di bank dan tunggu beberapa tahun untuk duit itu mengeluarkan dividen atau dengan kata lain untuk duit itu beranak, menghasilkan duit yang lain. Jadi, kita tak perlu berbuat apa-apa, tengok-tengok dalam bank duit dah bertambah dari hari ke hari.

Apa yang saya ingin bincangkan disini ialah terdapat lagi satu pelaburan yang saya rasa amat penting untuk dilakukan juga. Konsepnya sama sahaja dengan pelaburan wang Cuma sedikit berbeza. Apa yang saya maksudkan ialah pelaburan pahala.

Tentu ramai yang tidak mengetahui tentang perkara dan ada juga yang telah melakukannya tetapi tidak menyedari bahawa benda itu ialah satu pelaburan. Sebenarnya, pahala juga boleh terhasil tanpa kita berbuat apa-apa. Maksud disini, kita melakukan kebaikan hanya pada satu masa sahaja tetapi hasilnya (pahala) kita boleh dapat sampai ke akhir hayat.

Banyak sebenarnya cara untuk kita melaburkan pahala. Cuma di sini saya ingin menekankan satu cara sahaja yang saya rasa amat mudah. Sekiranya terdapat cara yang lain saudara saudari boleh menyatakannya di ruangan komen.  :lol: Cara yang saya maksudkan di sini ialah kita melakukan pelaburan ini di masjid ataupun surau-surau.

Sepeti biasa di masjid ataupun di surau terdapat tandas dan juga tempat untuk mengambil wuduk. Jadi para jemaah yang datang pastinya memerlukan selipar tandas untuk digunakan ditempat tersebut. Selalunya pihak masjid akan menyediakan selipar-selipar tersebut tetapi hanya beberapa pasang sahaja. Tidak cukup untuk menampung bilangan jemaah yang ramai contohnya ketika solat jumaat. Jadi, apa salahnya sekiranya kita mengeluarkan sedikit wang dan membeli beberapa pasang selipar tandas (selipar jepun) dan letakkannya di masjid ataupun surau-surau tersebut. :-)

Mahal? Tak ada duit?  :cry: Selipar itu tidaklah mahal sangat sebenarnya. Beli setakat yang mampu. Janji anda semua ikhlas. ;-) Rentetan itu, anda akan mendapat pahala selagimana ada orang yang pakai selipar itu  untuk kegunaan ke tandas. anda akan tetap mendapat pahala walaupun anda tidak berbuat apa-apa dah selepas itu. Tak kan perkara yang saya tunjukkan tadi itu mudah?

Itulah yang dinamakan pelaburan pahala. Tak nak pahala ke? Satu benda yang dibolehkan kita tamak atas dunia ni ialah pahala. Jadi kenapa masih ramai yang tidak mahu berebut pahala. Itulah masalahnya. Pendapat saya, sebab pahala,kita tak nampak. Kalau duit, kita nampak. Ada pendapat lain? :-)

Teringat saya akan kata-kata ustaz di tempat saya dahulu. Sekiranya ALLAH membuat pahala itu boleh dilihat dan juga boleh dipengang, nescaya ramai yang akan melakukan kebaikan. Sebab apa? Sebab pahala itu boleh nampak. Selesai sahaja kita solat, kita boleh nampak pahala itu turun berderu-deru atas badan kita. Tetapi kenapa ALLAH tak buat seperti itu? :-|

Tepuk dada, Tanya lah iman.

Akhir kata, jangan lupa buat juga pelaburan pahala selain daripada pelaburan wang. sekian. :-D

  • Share/Bookmark

Mar 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak pergi solat jumaat. Makan tengah hari belum lagi. Bawa duit untuk beli makanantengah hari. pergi jalan kaki je, masjid dekat  dgn rumah.  Sampai sana, terdengar pengumuman dari bilal tentang kehadiran seorang “saudara baru” di masjid ini. Meminta bantuan derma dari para jemaah. Katanya saudara itu sakit dan memerlukan sumbangan dari orang ramai.

Lepas dengar pengumuman itu, terus bilal melaungkan azan dan imam membaca khutbah. Semasa hendak menunaikan solat jumaat, saya solat bersebelahan dengan pak cik tua kurang upaya. Nampak dia  membawa beg dan peralatan lain. Solatnya kelihatan kekok sedikit dari jemaah lain (kurang sempurna).

Selesai solat, nampak pak cik itu membuka begnya.  Mengeluarkan beberapa kertas dan borang yang telah dilaminatekan. Rupa-rupanya dia yang dikatakan oleh bilal tadi sebagai saudara baru !!! namanya Muhammad Leong Bin *****. Terus bersalaman dengannya. Megeluarkan semua duit untuk makanan tengah hari dari kocek dan dibagikan kepadanya. tak banyak pun, ada lagi jemaah yang bagi sumbangan, nilai sama macam nak beli tiket final piala Malaysia! Sungguh pemurah. Saya bersalaman lama dengannya. Melihat matanya yang memang mengharapkan pertolongan daripada saudara-saudara barunya.

Membuatkan saya insaf, bangga, sedih, dan bermacam lagi perasaan yang bercampur gaul. Sempat berbual dengannya. Katanya dia lumpuh sebelah badan. Mata, kepala, badan, tangan, sampai kaki. Memerlukan rawatan doktor. Nampak maklumat di kertas, dia memeluk islam 3 tahun lepas. Ada gambar masa dia memeluk islam (memakai kopiah),gambar masa dia masih beragama Buddha, dan mukanya di depan mata. Jelas nampak perbezaan air muka.  Membuatkan saya terpaku seketika didepannya.

Ternyata indah agama ALLAH, agama Islam. Mengikut satu kajian. Begitu ramai yang ingin dan telah memeluk islam sekarang ini. Mungkin ramai yang dah nampak akan kebenaran dalam agama ini. Tetapi, makin ramai orang yang beragama islam kini, islam pada nama sahaja. Perbuatan dan amalan dah banyak yang terpesong. Terikut-ikut dengan budaya luar. Luar? Fikirkan lah sendiri.

Saya wakil dari Muhammad leong, ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat mereka yang sudi memberi sumbangan kepadanya tadi. Anda telah membantu saudara baru kita. Saudara yang memerlukan bantuan. Saudara yang ingin mendalami ilmu islam, Kehebatan islam, dan keistimewaan islam.

Persoalannya, bagaimana pula dengan “saudara-saudara lama”?? Adakah mereka sihat dari segi iman dan takwa ? adakah mereka selamat sekarang? Selamatkanlah mereka Ya ALLAH. Tunjukkan lah mereka jalan yang lurus. :cry:

  • Share/Bookmark

Feb 11

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kenapa mesti kita benci kat orang? Kenapa mesti ada orang yang tidak suka kat kita? Kenapa mesti ada orang yang dengki dengan kita?  Tak boleh ke kita nak semua orang suka kat kita? Tak boleh ke??? Kenapa semua itu harus berlaku? :-(

Nak tahu jawapannya, senang aje. Jawapannya mudah sahaja. Sebab kita ni manusia. ;-)   Dah memang kita ni diciptakan sebagai manusia, ada hati, ada perasaan, ada akal dan juga fikiran. Jadi  memang tidak mustahil la jika ada orang yang benci, sayang, suka, dengki, geram, dendam dan sebagainya. Sekiranya kita dapati ada orang yang benci kat kita, redha aje la. Jangan rasa sedih pula sebab memang kita tidak dapat nak memenangi hati semua orang. Mana ada manusia yang semua orang suka kat dia. Sedangkan Rasullullah kita sendiri pun ada juga yang tidak suka dengan baginda, apatah lagi kita sebagai insan biasa di muka bumi ALLAH ni. Dalam buku berani gagal pun ada berkata, orang yang paling sedih ialah orang yang cuba memenangi hati semua orang.

Menurut kajian doktor Haji Mohd Fadzilah Kamsah, dalam 10 orang yang kita kenal, terdapat 3 orang yang tidak senang akan kewujudan kita atau erti kata lain, tidak akan suka akan diri kita. Tidak kira la kajian ini tepat ataupun sebaliknya, jelas disini  memang tidak semua manusia suka akan kita. Hakikat itu mesti kita terima dengan hati terbuka.

Begitu juga dengan para pemimpin, tidak semua orang yang mengikut dan menyokong hala tujunya, ada juga mereka-mereka yang menentang dan tidak bersetuju (tidak suka) dengan cara kepimpinannya itu. Perkara ini seterusnya membentuk satu perasaan benci dan “anti” terhadap pemimpin itu. Jelas perkara ini sememangnya wujud di negara kita mahupun di mana-mana negara lain. betul tak? :-)

Pepatah ada mengatakan, “bencilah seseorang itu sekadarnya kerana barangkali dia akan menjadi orang yang paling kamu sayang .Dan sayangilah seseorang itu sekadarnya kerana barangkali dia akan menjadi orang yang paling kamu benci”. Sebenarnya pepatah ini memang boleh dipercayai. Kesemuanya pernah dialami oleh saya sendiri. Bagaimana pula dengan anda? :-P   Bagi saya, sekiranya saya tidak suka akan seseorang, itu tidak bermaksud saya benci kepadanya, tetapi saya benci kepada perangainya. Begitulah apa yang saya dengar di ceramah-ceramah. “janganlah kamu membenci dirinya, tetapi bencilah perangai buruknya”. :lol:

Sebenci-benci kita pada orang, harus diingat ada juga manusia yang benci kat kita. Itu adalah hukum alam ataupun “Golden rule”. nak orang suka kat kita, kenalah suka kat orang, maksud saya berbuat baik kepada orang lain. Dalam satu rujukan ada mengatakan, Rasullullah, sekiranya dia tidak suka akan seseorang, dia tidak akan mencela ataupun mencaci orang itu. tetapi kita bagaimana? ;-)

Akhir kata, janganlah sedih sekiranya ada mereka yang tidak menyukai (benci)  kamu kerana pasti ada  lagi yang masih sayang.

Just sing your song and enjoy your life. :-P

  • Share/Bookmark

Jan 28

Sekiranya ingin menjadi pokok yang paling tinggi, mestilah bersedia untuk ditiup angin. Sekiranya tidak mahu ditiup angin, jadilah rumput kerana rumput tidak mungkin akan ditiup angin. Akan tetapi bersedialah menjadi rumput untuk dipijak orang.

Pesanan di atas ditujukan kepada bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin pada masa ini. Sekiranya ingin menjadi pemimpin, mestilah bersedia untuk memikul segala tanggungjawab dan juga amanah yang diberikan. Sekiranya tidak mahu semua itu, tak usahlah jadi pemimpin. Akan tetapi pemimpin pada hari ini lebih mementingkan kuasa berbanding tanggungjawab yang bakal dipikul. Pada zaman rasullullah, orang ramai semua takut untuk menjadi pemimpin. Kenapa? Sebab mereka takut sekiranya tanggungjawab yang mereka bakal pikul tidak dapat dilaksanakan seterusnya akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Tengok, orang-orang terdahulu lebih mementingkan tanggungjawab. Mereka tidak hanya mementingkan duniawi, tetapi juga ukhrawi (akhirat). Walaubagaimana pun, kebanyakan pemimpin sekarang (bukan semua) memegang jawatan ataupun ingin menjadi  pemimpin semata-mata untuk memperoleh pengaruh dan juga kuasa. Tidak kurang juga menginginkannya untuk mendapatkan $$$. Itulah realiti kehidupan masa kini.

Sungguh terkilan saya melihat orang yang diharapkan untuk merubah dunia tetapi rupa-rupanya sama sahaja dengan pemimpin terdahulu. Sebelum menjadi pemimpin, beliau menabur manifesto-manifesto yang begitu meyakinkan penduduk dunia, memberikan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. Akan tetapi belangnya sudah kelihatan. Apa yang dibuatnya sekarang jelas bertentangan dengan manifesto-manifestonya sebelum ini. Populariti dan pengaruhnya juga sudah menurun pada akhir tahun lepas (2009). Keyakinan saya sudah mula berubah. Dalam hati saya berkata, “adakah semua pemimpin perlu bersikap begini?”.

Sempena dengan pilihanraya yang berlaku di kebanyakan IPT sekarang ini, diharap anda semua dapat memilih pemimpin-pemimpin yang berkualiti dari segala aspek. Dan juga mereka-mereka yang dapat menjaga kebajikan anda semua.

Sekian terima kasih.

  • Share/Bookmark

Jan 24

Pernah dengar tak ayat ini, “Doa itu senjata mukmin”.

Semestinya bagi yang betul-betul beragama Islam pernah mendengar ayat tersebut dan rasanya semuanya faham akan makna ayat tersebut. Tetapi apa yang memeningkan mengapa ayat tersebut dianggap sebagai perkara yang remeh temeh oleh kebanyakan orang. Biarpun ayat itu berasal daripada Al-Quran itu sendiri, namun rata-ratanya tetap menganggap doa itu seperti sesuatu yang sampah kecil dan mudah.

Kebiasaannya selepas solat jumaat , imam akan membaca sedikit wirid dan juga akan membaca doa sesudah itu. Perkara tersebut sudah menjadi amalan bagi setiap manusia yang beragama islam. Selepas solat jumaat lepas, seperti biasa saya akan mengikut imam membaca wirid dan turut mengAminkan doa yang dibaca oleh imam. Tetapi ketika itu, jauh dari sudut hati saya melihat gelagat saudara-saudara Se-Islam yang turut sama mengerjakan solat jumaat tadi,  berpusu-pusu keluar dari masjid itu biarpun ketika itu wirid lepas solat baru sahaja dimulakan. Semuanya tergesa-gesa nak cepat seolah-olah ada lagi benda yang lebih mustahak yang perlu diselesaikan segera.  Malah ada juga yang selepas habis salam kedua terus bangun dan beredar dari masjid tanpa BERDOA.

Apakah ini semua?

Kata doa itu senjata bagi diri kita. Senjata bagi menghadapi serangan musuh-musuh Islam zaman kini. Tapi, seperti yang saya katakan tadi ramai yang mengambil mudah benda ini. Tidak hairan lah ramai manusia kini beragama Islam pada nama sahaja, tetapi perangai dan akidah? Tidak perlulah diperkatakan lagi. Dunia sekarang dah terbalik. Banyak tanda-tanda kiamat kecil sudah berlaku. Tapi apakah persediaaan kita? Sudahkah kita semua bersedia untuk menghadapi alam seterusnya? Tepuk dada, tanyalah iman.

Berbalik kepada cerita tadi, mengapa ramai umat islam yang sudah tak mahu malas berdoa? Jawapan yang saya cari sekarang ini. Kita disuruh meminta apa sahaja dengan berdoa kepada ALLAH. Bila nak dimakburkan doa tersebut bukanlah kuasa kita nak menentukannya. Sekiranya saudara-saudari ada pendapat, boleh kongsikan di sini.

  • Share/Bookmark

Jan 13

“Kalau jatuh, cepat-cepat bangun ya, jangan sampai mati tengah jalan”.

Ayat itu saya ambil dalam cerita blogger boy season 2 episod satu. Dalam cerita tersebut memang Budi (watak utama dalam cerita ini) terjatuh ke tengah jalan dan hamper dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh uncle nya sendiri. Ayat itulah yang diucapkan oleh uncle kepadanya.

Apa yang saya nak ungkapkan di sini, ayat itu juga boleh di aplikasikan dalam realiti kehidupan kita. “Kalau jatuh, cepat-cepat bangun”, boleh diibaratkan seperti kalau kita gagal ataupun menemui kegagalan cepat-cepatlah bangkit dari kegagalan tersebut. Ada pepatah mengatakan, kegagalan itu bukanlah pengakhiran tetapi baru permulaan. Setiap orang yang berjaya semestinya pernah mengalami kegagalan. Tak kiralah kegagalan itu sekali ataupun beratus-ratus kali. Dalam dunia ini, sejarah telah membuktikan yang kebanyakan orang berjaya perlu mengharungi kegagalan. Jadi, tidak usah risau la sekiranya kita gagal kerana itu hanya baru permulaan. :-P

Tetapi bagaimana pula dengan orang yang tidak pernah gagal? Mana mungkin dalam diri manusia tidak pernah gagal.Kita semua hanyalah manusia, tidak lari dari melakukan kesilapan. Jikalau kegagalan tidak menjelma sekarang, mungkin akan menjelma kelak. Sebab itu dijelaskan dalam buku “Berani Gagal”  hasil penulisan Billy Lim, dia lebih takut akan orang yang berjaya tanpa menemui kegagalan dalam hidupnya berbanding dengan orang yang menghadapi  beberapa kegagalan sebelum menemui kejayaan. Kenapa? Sebab orang itu tidak menemui guru yang paling penting dalam hidupnya iaitu GAGAL.  Ingat, kegagalan adalah guru terbaik dalam kehidupan. ;-)

“Jangan sampai mati tengah jalan”, ayat ini sesuai digambarkan kepada orang yang sudah berputus asa dalam hidup disebabkan kegagalan yang menimpa dirinya. Tidak sepatutnya perkara ini terjadi kepada kita semua. Sekiranya menemui kegagalan, segeralah bangkit. Insyaallah, dengan apa yang kita usahakan selepas menemui kegagalan akan menemui kejayaan.

Teringat saya tentang satu teka-teki dalam buku “Berani gagal” tersebut, kenapa seseorang itu mati lemas dalam kolam air setelah terjatuh? Apa jawapan anda semua? Sebab tak tahu berenang, sebab air kolam itu dalam sangat dan bermacam-macam lagi jawapan yang saya terima. Tetapi bagaimana pula sekiranya saya mengatakan yang orang itu mati di kolam budak-budak? Fikirkan ya.

Jawapannya, kerana orang itu tidak mahu bangkit setelah terjatuh, tidak mahu berusaha untuk bangun semula selepas terjatuh tadi. Soalnya apa kaitannya dengan hidup kita? Seperti dikatakan tadi, sekiranya menemui kegagalan, segeralah bangkit. Jangan terus lemas (berputus-asa).

Ingat, kejayaan tidak bermakud kemenangan dan kegagalan itu tidak bermaksud kekalahan. Apa pula pendapat anda?  Berikan komen anda di sini. :-D

Source: ForecastOne.net

  • Share/Bookmark


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sebagai blogger utama di laman ForecastOne.net ini ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca dan juga peminat blog saya ini. Semoga  dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberikan inspirasi baru dan juga menambahkan lagi kejayaan kepada anda semua. Sudahkah anda menetapkan azam tahun baru ini? Jika tidak cepat-cepat lah laksanakannya. Semestinya setiap insan mempunyai target ataupun perkara yang ingin dicapai dalam hidupnya. Jangan dikatakan perkara tersebut mustahil atau tidak boleh dicapai pada tahun 2010, segalanya boleh dicapai sekiranya mind-set kita telah pun bersedia.

Buat tahun 2010 ini, saya pun telah mempunyai beberapa azam baru yang ingin saya capai pada tahun 2010 ini. Segalanya hanya perlu di setkan dalam fikiran kita. Bagaimana pula dengan anda? :-P Jangan takut untuk melakukan azam baru. Sesetengah orang yang saya jumpa berkata, buat apa nak buat azam baru kalau azam itu hanyalah angan-angan kosong sahaja. Kata-kata itu memang betul. Oleh itu, kita hendaklah betul-betul menetapkan apa yang kita ingin capai dan pastikan yang kita inginkan itu tidak berada di luar kawalan mahupun kuasa kita.  Akhir kata, selamat tinggal 2009, selamat datang 2010. :-)

source: http://forecastone.net/

22:36:23

Saya sebagai blogger utama di laman ForecastOne.net ini ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca dan juga peminat blog saya ini. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini dapat memberikan inspirasi baru dan juga menambahkan lagi kejayaan kepada anda semua. Sudahkah anda menetapkan azam tahun baru ini? Jika tidak cepat-cepat lah buat. Semestinya setiap insan mempunyai target ataupun perkara yang ingin dicapai dalam hidupnya. Jangan dikatakan perkara tersebut tidak boleh dicapai pda tahun 2010, segalanya boleh dicapai sekiranya mind-set kita telah pun bersedia.

Buat tahun 2010 ini, saya pun telah mempunyai beberapa azam baru yang ingin saya capai pada tahun 2010 ini. Segalanya hanya perlu di setkan dalam fikiran kita. Bagaimana pula dengan anda? Jangan takut untuk melakukan azam baru. Sesetengah orang yang saya jumpa berkata, buat apa nak buat azam baru kalau azam itu hanyalah angan-angan kosong sahaja. Memang betul. Oleh itu, kita kena betul-betul tetapkan apa yang kita ingin capai dan pastikan yang kita inginkan itu tidak brada di luar kawalan mahupun kuasa kita. Akhir kata, selamat tinggal 2009, selamat dating 2010.

  • Share/Bookmark

Dec 28

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Segalanya terasa sukar, susah dan banyak kesulitan yang terpaksa saya tempuhi sejak mempunyai blog ini. Maklumlah, dengan kewujudan blog ini, maka saya tak boleh la nak teruskan dengan perasaan malas saya lagi. Tahun baru, degree baru, blog baru, semangat baru,segalanya baru, maka tak boleh lah saya nak mewarisi salah satu sifat  lama saya iaitu M.A.L.A.S.   Nak dapat lebih, kenalah rajin. Itu lah ayat yang sentiasa bermain di fikiran saya. ;-)

Okey kali ini saya ingin berkongsi satu perkara yang saya sentiasa fikir-fikirkan. Sedar ke tak kita ni apa hubungan sebenarnya kita dengan ayah dan mak kita. Jika ditanya apakah hubungan kita dengan dengan ayah kita, mestilah kita cakap “anak dan bapa la” ataupun “saya ni anak dia dan dia tu bapak saya”. Itu semestinya jawapan yang sering kita dengari sekiranya soalan itu diajukan.  Tetapi yang saya kaji, terdapat hubungan lain yang tersirat dan sepatutnya kita renungkan. Hubungan yang ingin saya katakan di sini ialah sama ada kawan rapat, kawan biasa, kenalan sahaja mahupun MUSUH?! Memanglah dia tu mak kita. Tetapi hubungan kita sebenar dengan mak kita tu adakah kawan rapat? Adakah kenalan biasa? Ataupun musuh?

Saya mempunyai seorang kawan. Dia merupakan seorang anak kaya. Ingat, dia bukannya kaya, tetapi mak ayah dia yang kaya. Kami merupakan kawan yang rapat. Suatu hari saya bertanya mengenai family dia. Pasal ayah, mak dan adik-beradik dia. Apa yang dapat saya katakan di sini, ayahnya seorang yang sibuk dan selalu pulang ke rumah lewat malam kerana urusan pekerjaan. Boleh dikatakan, dalam seminggu dia nak jumpa sekali pun susah dengan ayahnya. Maklumlah, ayahnya awal pagi dah pergi kerja, memang  tak sempat nak berjumpa dengan anak-anaknya walaupun sarapan pagi sama sekali. Balik kerja pula selalu lewat malam. Pukul satu atau pun dua baru sampai ke rumah. Patut lah dalam seminggu tu susah nak jumpa. Tetapi, kawan saya ni rapat pula dengan emaknya. Segala masalahnya selalu diluahkan kepada emaknya. Emaknya pula selalu mengambil berat mengenai perilaku anak-anaknya itu. Boleh dikatakan kalau kawan saya ni sehari tak jumpa dengan emaknya, tidak sah!

Sudah jelas nampaknya mesej yang saya ingin saya sampaikan di sini. Berdasarkan cerita mengenai kawan saya tadi, bolehlah saya katakan bahawa hubungan sebenar kawan saya itu dengan ayahnya hanyalah kenalan biasa. Iya lah sebab dalam seminggu pun susah nak jumpa even nak bersembang sama sekali, memanglah macam kenalan biasa. Manakala  hubungan dengan emaknya pula boleh saya katakan seperti kawan rapat. Baru saya teringat, saya pernah terbaca mengenai satu artikel yang mengatakan ibu bapa seharusnya menjadi kawan yang paling rapat untuk anak mereka. Jika difikirkan, apakah punca gejala sosial dalam kalangan pelajar di sekolah, pokoknya kita tengok la dulu mak dan ayahnya. Bagaimana hubungan sebenar pelajar berkenaan dengan mereka? Berani saya katakan, sebahagian besar mak dan ayah pelajar-pelajar begini hanyalah mempunyai hubungan sebagai kenalan biasa ataupun paling kurang kawan biasa dan bukannya kawan rapat. Perlu di bezakan makna “kawan biasa” dan “kawan rapat” ataupun makna “kawan” dan juga “sahabat”. Boleh rujuk pada kamus dewan.

Sewaktu kita dilahirkan, kita diibaratkan kertas putih. Yang mewarnai kertas itu adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu, sekiranya seseorang itu rosak akhlaknya, maka kita perlulah berbalik kepada pokoknya iaitu ibu dan bapanya. Ada pepatah mengatakan, bayi yang dilahirkan adalah seorang yang islam. Bergantung kepada ibu dan bapanya nak yahudikan ataupun nak nasranikan anaknya. Begitulah bunyinya. Rasa-rasanya tak berapa betul. Kalau salah tolong betulkan. So, bagaimana dengan anda semua? Apakah hubungan sebenar anda dengan ibu ayah dan juga adik beradik anda? :-P

Sekian.

P/S: dipersilakan memberi komen

RALAT:  untuk pepatah yang terakhir

Rasullullah bermaksud: “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi, atau Nasrani” (hadis riwayat bukhari)

  • Share/Bookmark

Perintis

posted by Wan
Dec 21

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, usaha saya selama ini akhirnya membuahkan hasil jua. Terima kasih kepada saudara Zulfadli, usahawan internet berjaya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan blog ForecastOne ini. Ini merupakan post saya yang pertama sejak penubuhan blog ini. Dalam dunia perniagaan internet, siapa  tak kenal dengan saudara Zul ini, seorang IM yang terkenal di negara kita. Beliau juga turut terkenal melalui blognya sendiri iaitu smartusaha.com. Beliau banyak menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan begitu bermanfaat kepada sesiapa yang menjadi pelanggannya.  Produknya seperti Pakej kit blogger sudah membuatkan dirinya dikenali ramai. Beliau juga tidak jemu-jemu membantu para newbiz dalam mengenali dunia perniagaan internet ini. Beliau juga turut rajin memberi tips-tips yang berguna dan bermanfaat di dalam blog beliau sendiri.

Berbalik kepada penubuhan blog ForecastOne.net ini, blog ini asalnya dibina bertujuan untuk memberikan sedikit maklumat serta motivasi kepada pembaca yang target utamanya ialah kepada remaja-remaja. Insyaallah, dengan kewujudan blog ini, dapatlah ia menjadi saluran kepada saya dalam meluahkan serta memberi tip-tip dan motivasi kepada para pembaca sekalian. Diharapkan blog ini akan menjadi blog pilihan anda dan menjadi rujukan utama anda. Sokongan anda amatlah saya hargai.

  • Share/Bookmark