Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Segalanya terasa sukar, susah dan banyak kesulitan yang terpaksa saya tempuhi sejak mempunyai blog ini. Maklumlah, dengan kewujudan blog ini, maka saya tak boleh la nak teruskan dengan perasaan malas saya lagi. Tahun baru, degree baru, blog baru, semangat baru,segalanya baru, maka tak boleh lah saya nak mewarisi salah satu sifat lama saya iaitu M.A.L.A.S. Nak dapat lebih, kenalah rajin. Itu lah ayat yang sentiasa bermain di fikiran saya.
Okey kali ini saya ingin berkongsi satu perkara yang saya sentiasa fikir-fikirkan. Sedar ke tak kita ni apa hubungan sebenarnya kita dengan ayah dan mak kita. Jika ditanya apakah hubungan kita dengan dengan ayah kita, mestilah kita cakap “anak dan bapa la” ataupun “saya ni anak dia dan dia tu bapak saya”. Itu semestinya jawapan yang sering kita dengari sekiranya soalan itu diajukan. Tetapi yang saya kaji, terdapat hubungan lain yang tersirat dan sepatutnya kita renungkan. Hubungan yang ingin saya katakan di sini ialah sama ada kawan rapat, kawan biasa, kenalan sahaja mahupun MUSUH?! Memanglah dia tu mak kita. Tetapi hubungan kita sebenar dengan mak kita tu adakah kawan rapat? Adakah kenalan biasa? Ataupun musuh?
Saya mempunyai seorang kawan. Dia merupakan seorang anak kaya. Ingat, dia bukannya kaya, tetapi mak ayah dia yang kaya. Kami merupakan kawan yang rapat. Suatu hari saya bertanya mengenai family dia. Pasal ayah, mak dan adik-beradik dia. Apa yang dapat saya katakan di sini, ayahnya seorang yang sibuk dan selalu pulang ke rumah lewat malam kerana urusan pekerjaan. Boleh dikatakan, dalam seminggu dia nak jumpa sekali pun susah dengan ayahnya. Maklumlah, ayahnya awal pagi dah pergi kerja, memang tak sempat nak berjumpa dengan anak-anaknya walaupun sarapan pagi sama sekali. Balik kerja pula selalu lewat malam. Pukul satu atau pun dua baru sampai ke rumah. Patut lah dalam seminggu tu susah nak jumpa. Tetapi, kawan saya ni rapat pula dengan emaknya. Segala masalahnya selalu diluahkan kepada emaknya. Emaknya pula selalu mengambil berat mengenai perilaku anak-anaknya itu. Boleh dikatakan kalau kawan saya ni sehari tak jumpa dengan emaknya, tidak sah!
Sudah jelas nampaknya mesej yang saya ingin saya sampaikan di sini. Berdasarkan cerita mengenai kawan saya tadi, bolehlah saya katakan bahawa hubungan sebenar kawan saya itu dengan ayahnya hanyalah kenalan biasa. Iya lah sebab dalam seminggu pun susah nak jumpa even nak bersembang sama sekali, memanglah macam kenalan biasa. Manakala hubungan dengan emaknya pula boleh saya katakan seperti kawan rapat. Baru saya teringat, saya pernah terbaca mengenai satu artikel yang mengatakan ibu bapa seharusnya menjadi kawan yang paling rapat untuk anak mereka. Jika difikirkan, apakah punca gejala sosial dalam kalangan pelajar di sekolah, pokoknya kita tengok la dulu mak dan ayahnya. Bagaimana hubungan sebenar pelajar berkenaan dengan mereka? Berani saya katakan, sebahagian besar mak dan ayah pelajar-pelajar begini hanyalah mempunyai hubungan sebagai kenalan biasa ataupun paling kurang kawan biasa dan bukannya kawan rapat. Perlu di bezakan makna “kawan biasa” dan “kawan rapat” ataupun makna “kawan” dan juga “sahabat”. Boleh rujuk pada kamus dewan.
Sewaktu kita dilahirkan, kita diibaratkan kertas putih. Yang mewarnai kertas itu adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu, sekiranya seseorang itu rosak akhlaknya, maka kita perlulah berbalik kepada pokoknya iaitu ibu dan bapanya. Ada pepatah mengatakan, bayi yang dilahirkan adalah seorang yang islam. Bergantung kepada ibu dan bapanya nak yahudikan ataupun nak nasranikan anaknya. Begitulah bunyinya. Rasa-rasanya tak berapa betul. Kalau salah tolong betulkan. So, bagaimana dengan anda semua? Apakah hubungan sebenar anda dengan ibu ayah dan juga adik beradik anda?
Sekian.
P/S: dipersilakan memberi komen
RALAT: untuk pepatah yang terakhir
Rasullullah bermaksud: “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi, atau Nasrani” (hadis riwayat bukhari)
No Comments